Terkini,Ini Punca Rumah Bekas Anak Perdana Menteri Pula Diserbu

JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, turut menjalankan pemeriksaan ke atas satu daripada tiga unit kediaman mewah peribadi milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence Apartment, Kuala Lumpur, malam semalam.

Pencarian barangan peribadi seperti beg, jam tangan, pakaian serta hadiah berjenama mewah dilakukan ke atas rumah yang didaftarkan atas nama anak lelaki Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Pemeriksaan dan pencarian bukti dilakukan bermula 9 malam dan berakhir hingga 3 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di dua lagi unit kediaman yang satu daripadanya dipercayai didaftarkan atas nama anak perempuan Najib dan Rosmah, serta unit kediaman yang mempunyai kaitan dengan keluarga bekas Perdana Menteri itu, gagal dibuat kerana ketiadaan penghuni.

Sumber berkata, pegawai dan anggota JSJK akan kembali ke lokasi berkenaan sebaik anak perempuan Najib dan Rosmah kembali dari luar negara dalam masa terdekat.

Semua barangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini.

Terdahulu, pasukan JSJK Bukit Aman juga turut menjalankan pemeriksaan bagi pencarian beberapa bukti penting di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini.

Pengeledahan dan pemeriksaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi sebentar tadi dan meminta pihak media menunggu siasatan selesai dijalankan.

polis belum beredar dari rumah Najib

POLIS masih belum beredar dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, setakat 7 pagi tadi.

Walaupun peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal dalam satu sidang media di sini, tadi memaklumkan polis selesai melakukan penggeledahan sekitar 4 pagi, namun sehingga kini mereka masih belum beredar.

Masih belum dapat dipastikan mengapa pihak polis masih belum beredar dari lokasi sehingga kini.

Sumber :hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *