Peguam Najib Bengang,Kenapa Mesti Geledah Lewat Malam,Najib Nak Buat Persiapan Sahur

Sekitar jam 10.15 malam semalam, kecoh kawasan sekitar Jalan Langgak Duta apabila polis hadir dengan 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dikatakan beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, hadiah dan pakaian telah dirampas polis.

Tak wajar polis geledah rumah Najib sekarang

Menurut Malaysiakini, serbuan ke rumah DS Najib telah menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas PM itu iaitu peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal. Tindakan polis katanya sangat tak wajar kerana ia dibuat sehari sebelum Ramadan bermula.

Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur,” katanya.

Sumber terdekat dengan DS Najib jugak ada kongsikan gambar bekas PM tersebut kelihatan tertidur keletihan di sofa dengan memakai baju Melayu sama ketika berterawih malam semalam. Ketika kejadian, pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan sedang geledah rumah beliau.

“Mahathir sudah menang”

Bagi Harpal, Najib haruslah dihormati dalam apa jua keadaan sekalipun kerana dia seorang bekas PM.

Image result for Harpal Singh Grewal
“Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,” tambahnya.

Dalam pada tu, pihak polis jugak sahkan yang mereka ada membuat operasi serupa di kediaman yang melibatkan bekas PM di Pavillion Residence dan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Admin tertanya-tanya, asyik nampak muka DS Najib je. Mana isterinya, Rosmah?

SUMBER : lineclear

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *