Akhirnya Setelah Terus Digosipkan Dengan Cinta, Syed Saddiq Tampil Bersuara

Kecoh baru-baru ini di media sosial mengenai Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sedang hangat diperkatakan. Dek kerana memiliki rupa paras yang tampan dan macho, Syed menjadi trending di media sosial dan menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana.
Tidak tahan daripada terus digosipkan dengan artis seperti Neelofa dan Emma Maembong serta wanita-wanita diluar sana, Syed telah meluahkan isi hatinya menerusi akaun Twitternya.
Bukan nak jadi selebriti.

Menerusi status tersebut, beliau terlibat dalam bidang politik bukan mahu menjadi selebriti. Beliau juga mahu netizen memberinya ‘ruang’ agar beliau dapat fokus kepada tawaran terhadap anak muda dalam usaha untuk penangguhan PTPTN, Internet berkelajuan tinggi dan rumah mampu milik.

Beliau memuat naik status tersebut apabila mendapat banyak respon daripada netizen selepas kehadirannya dalam program hiburan MeleTOP Selasa lepas.

Mungkin ramai yang kurang bersetuju apabila Syed muncul di dalam program sebegitu dan dikaitkan dengan selebriti seperti Emma Maembong dan pengacara MeleTOP, Neelofa.
Respon netizen.

Sumber : Twitter Syed

Gosip Dengan Emma : Muatnaik gambar berdua, Emma dikatakan mahu try Syed Saddiq?

Semakin hari semakin popular dan banyak cerita berkaitan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang keluar selepas beliau memenangi hati rakyat Malaysia dengan wajah tampannya. Tidak kurang pula ramai artis yang mula dikaitkan dengan YB Syed Saddiq ini.

Terbaru, melalui perkongsian sebuah video di Instagram milik pelakon popular, Emma Maembong telah mengundang spekulasi netizen di mana beliau memuat naik video bersama dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ruang komennya ketika itu dibanjiri dengan perlbagai pertanyaan dan komen-komen yang tidak manis daripada netizen.

Berikutan itu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini segera menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dirinya cuba untuk mendekati YB Syed Saddiq setelah beliau menjadi kian popular beberapa hari ini.

“Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak.

Ada orang dakwa saya cuba nak ‘try’ Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Tak ada istilah ‘try’ pun,” katanya kepada Astro Awani.

Emma yang tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya itu menjelaskan bahawa beliau sudah lama berkawan dengan Syed Saddiq.

Beliau juga turut menyuruh untuk menyemak posting-posting yang lepas di Instagramnya di mana terdapat beberapa gambar dia bersama dengan Ahli Parlimen Muar itu. Emma beranggapan mungkin spekulasi ini tidak muncul sebelum ini kerana Syed Saddiq belum lagi popular ketika itu.

Menurut Emma lagi ketika ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018, dia tidak menyokong mana-mana parti politik mesikipun dia membesar di dalam persekitaran sebagai seorang anak saudara kepada bekas exco Menteri Besar Terengganu.

“Saya juga pernah memuat naik foto bersama bapa saudara yang merupakan bekas exco Menteri Besar Terengganu. Saya akui membesar dengan UMNO, bapa saya merupakan pelukis di PWTC dan dia yang melukis gambar pemimpin UMNO di PWTC.

Tetapi saya sendiri mengambil pendekatan untuk tak melibatkan diri atau bercerita mengenai mana-mana parti politik,” katanya.

Emma sekali lagi menegaskan bahawa video yang dikongsinya di Instagram beberapa hari yang lepas hanyalah sekadar memberi ucapan tahniah kepada sahabatnya itu di atas kemenangan besar dalam PRU14.

Setakat ini, Emma masih lagi menyah aktifkan fungsi komen di video tersebut.

Gosip dengan Neelofa: TERKINI Peminat Mahu Melihat Syed Saddiq Dan Neelofa Bercinta?

INILAH Penangan populariti Yang Berhormat Syed Saddiq yang memenangi pilihanraya baru-baru ini, hampir sesiapa sahaja yang rapat dengannya akan menerima tempias tersebut.

ADMIN turut berkesempatan menulis mengenai abang Syed Saddiq ini apabila netizen mula hangat memperkatakan mengenai rupa paras abangnya persis seorang model!
Syed Saddiq Dan Neelofa Bercinta?

Terbaru, ahli Parlimen Muar itu telah dijemput ke program MeleTOP yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa. Menerusi Twitter nya, Syed Saddiq sempat memuat naik gambar selfie bersama Nabil dan Neelofa menunjukkan dia telah dijemput ke rancangan itu.

Apabila diumumkan bahawa Syed Saddiq bakal menjadi tetamu rancangan itu, ramai peminat seperti tidak keruan malah melihatkan pada gambar itu, peminat seolah-olah mahukan Syed Saddiq dan Neelofa bercinta. Tidak cukup dengan itu, ada yang mewujudkan #SaddiqLofakerana menganggap kedua-duanya sebagai pasangan yang sesuai.

Dalam perkembangan lain, satu perkara yang anda perlu tahu, beliau telah memaklumkan masih lagi ‘single’ seperti dalam artikel kami yang lepas. Jadi jika ditakdirkan jodohnya bersama pelakon itu, siapalah kita untuk menolak bukan? Ajal dan jodoh semuanya di ketentuanNya.

SUMBER : HANGAT.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *