Terkini,Selepas Solat Terawih Himpunan Merdeka Rakyat Pentas Diamana Ucapan Sulung Anwar

Penyokong Pakatan Harapan (PH) dan rakyat umumnya mula membanjiri Padang Timur di sini malam Rabu sempena Perhimpunan Merdeka Rakyat bagi meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program anjuran Angkatan Muda Keadilan itu bakal dihadiri pimpinan PKR dan PH. Dilaporkan, himpunan ini akan dihadiri lebih 10,000 rakyat dan penyokong PH dari seluruh negara.

Segelintir penyokong memakai baju yang memaparkan wajah Ketua Umum PKR itu, dan antaranya tertera perkataan “I’m Back” (Saya Kembali).

Solat Maghrib dan Isyak diadakan di sini, disusuli solat hajat.

Solat Terawih turut diadakan pada Rabu malam, berikutan umat Islam di seluruh negara akan menjalani ibadah puasa pada Ramadan bermula Khamis.

Anwar dijangka hadir di Padang Timur pada pukul 10 malam sebelum memberi ucapan ‘kebebasan rakyat’.

Anwar, 71, dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan Diraja bertitah memperkenan rayuan pengampunan penuh terhadap Anwar.

Ketua Umum PKR itu dibebaskan serta-merta pada Rabu tanpa sebarang syarat, malah rekod lampaunya juga terpadam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia untuk menyertai barisan Kabinet buat masa ini.Sebaliknya, kata Ketua Umum PKR itu, beliau mahu diberi ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga ketika ini.

Tambah Anwar, hasrat tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya beritahu lebih baik untuk beliau (Dr Mahathir) dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) bersama ‘pasukan’ untuk meneruskannya (Kabinet).

“Berilah saya masa dan ruang untuk bersama keluarga dan menjelajah ke beberapa negara untuk memenuhi beberapa jemputan luar bagi menyampaikan ucapan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut di sini, petang Rabu.

Isterinya, Dr Wan Azizah dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar berkata, beliau yakin Dr Mahathir akan memahami keputusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau akan terus mengikuti perkembangan pentadbiran kerajaan baharu itu.

“Saya tak perlu berkhidmat di Kabinet buat masa ini,” katanya

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *