Teliti Dokumen Sampai Pagi,Tun Hasmah Risaukan Tun M Tak Cukup Tidur

Tun Dr Siti Hasmah mula risaukan keadaan kesihatan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir seminggu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Dr Siti Hasmah memuat naik status di laman Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu kerisauan terhadap Dr Mahathir yang usianya mencecah 93 tahun.

“Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur.

“Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.

“Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi.

“Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat,” luah Dr Siti Hasmah.

Dr Siti Hasmah bersama Dr Mahathir: Foto: Instagram Chedetofficial
Luahan wanita pertama negara ini turut mendapat sokongan netizen yang risaukan kerja keras perdana menteri era Malaysia baharu itu.

Salah seorang netizen Wai Yap berkata: “Saya pun dah cukup risau padal Tun…umat Islam berdoa lah ye Ramadan ini untuk Tun.

Manakala seorang lagi netizen Wong Chin Kuan menulis: “Bukan umat Islam pun i doa untuk kesihatan dan kegembiraan Tun tiap-tiap hari. Hero Malaysia yang disanjung tinggi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *