Tak Ramai Yang Tahu,Inilah Kata2 Pertama Dato Seri Anwar Selepas Di Bebaskan

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku”.

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di Kuala Lumpur susulan pembebasannya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara,” kata Dr Wan Azizah.

Tak akan terburu-buru lantik Anwar sebagai PM
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Keputusan pelantikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak akan dibuat secara terburu-buru oleh Pakatan Harapan (Harapan).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Harapan akan menunggu sekurang-kurangnya pertengahan penggal sebelum melantik Anwar sebagai perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memang kita mahukan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir berjalan lancar dan memberikan satu perubahan yang kita inginkan termasuk agenda reformasi.

“Setakat ini, seperti yang saya bagi tahu semalam, tidak ada perancangan untuk melantik Anwar (sebagai perdana menteri) secara terburu-buru.

“Perkara itu memang kita dah persetujui dan ia memang satu perkara yang memang kita rancang awal,” katanya selepas melawat Anwar di Pusat Rehabilitasi Cheras, sebentar tadi.

Sementara itu, Wan Azizah menjelaskan perkembangan kesihatan Anwar semakin pulih dan bersedia untuk bertemu penyokong selepas dibebaskan esok.

“Ramai kawan-kawan kita termasuk dari Jakarta yang datang untuk bertemu dengan Anwar hari ini.

“Keadaan kesihatan Anwar beransur pulih dan dijangka dapat bertemu penyokong dan rakyat esok, sama ada sebelah pagi atau sebelah malam itu kita tak pasti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *