Anwar Ibrahim Akhirnya Bebas. Ini Tempat Yang Akan Anwar Pergi Selepas DiBebaskan

Selepas dipenjarakan sejak 2015, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari Pusat Rehabilitasi Cheras hari ini.

Anwar Ibrahim kini bebas!Anwar Ibrahim sudah melangkah keluar dari Pusat Rehabilitasi Cheras. Beliau kelihatan segak memakai sut hitam dan akan terus ke Istana Negara

Kebebasan Anwar curi tumpuan media antarabangsa Pasti ramai rakyat Malaysia yang menantikan saat ini, saat pemimpin yang disanjung tinggi akhirnya dibebaskan daripada hukuman penjara.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin mengesahkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 12.30 tengah hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Anwar akan turut diiringi beliau dan Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Jumaat lalu berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menyatakan kesediaan baginda untuk memberi pengampunan segera
kepada Anwar

Pasti ramai rakyat Malaysia yang menantikan saat ini, saat pemimpin yang disanjung tinggi akhirnya dibebaskan daripada hukuman penjara.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Detik bersejarah buat Malaysia ini turut mencuri tumpuan media yang pada pagi ini setia menunggu untuk membawakan berita terkini dari Hospital Rehabilitasi Cheras di mana Anwar sedang menerima rawatan.

Bukan hanya media tempatan, malah wakil media antarabangsa turut diterbangkan dari seluruh dunia untuk membuat liputan momen bersejarah ini.

Ada juga agensi media antarabangsa yang sudah lama tiba sejak bermulanya musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir baru-baru ini.

Anwar ketika ini masih meneruskan rawatan fisioterapi bagi bahu kanannya di hospital tersebut, setelah menjalani pembedahan November lalu.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahunya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu. Moga beliau kembali pulih sepenuhnya.

sumber: sinar harian, astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *