Tun Mahathir Pertama Kali Hadir Di Mesyuarat DAP Dan Beliau Sendiri Membuat Pengakuan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP hari ini.

Bagi bekas perdana menteri itu, beliau mengakui, ini merupakan pengalaman pertama dirinya hadir ke perhimpunan terbesar parti DAP.

“Tuan-tuan dan puan-puan. Ini adalah kali pertama saya hadir dalam satu mesyuarat besar parti DAP,” katanya ketika membuka sidang media Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Beliau tampil meskipun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan Tun Mahathir dan parti baharunya tidak dijemput ke persidangan tersebut.

PPBM tidak dijemput kerana parti itu belum memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan.

Pun begitu, tepukan gemuruh para perwakilan memberikan gambaran jelas mereka mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir.

Kesempatan turut diambil Tun Mahathir untuk memuji DAP yang dikatakan tetap memeluk erat Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa ucapan Lim Guan Eng tadi cukup baik kerana dia memberi pengakuan bahawa DAP patuh kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi mesej bahawa musuh atau kawan tidak pernah kekal, sebaliknya prinsip.

“Kita telah berjuang menentang begitu banyak musuh; ada musuh yang walaupun pernah memenjarakan kita, kini telah menjadi sekutu kita.

“Sesungguhnya tidak ada kawan atau musuh yang kekal. Hanya prinsip yang kekal,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada persidangan tersebut.

SUMBER : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *