Suami mengadu pada ibu,isterinya selalu mengeluh penat kemas rumah.Ini tindakan ibu mertua pada menantunya yang mengejutkan.

Suami mengadu pada ibu,isterinya selalu mengeluh penat kemas rumah.Ini tindakan ibu mertua pada menantunya yang mengejutkan.

Suatu pagi ..

Aliff ke rumah ibunya , dan mengambil makanan..

Mak : Aliff Kenapa makan di sini. Isteri kamu tak masak ?
Alif : Masak mak
Mak : habis tu ..
Alif : Biarlah, saya makan sini, malas nak makan di rumah.
Mak : knp ? kamu ada masalah dgn isteri ?
Alif : Ya mak , dia duduk rumah tak buat apa pun..
saya yang penat, balik keje tapi dia yang asyik mengeluh dan membebel kata dia penat… penat buat apa je…

Mak : Memang isteri kau selalu mengeluh ke
Alif : tak lah hari hari , hari ini je .. bukan saya suruh dia pergi kerja luar sana , duduk rumah je pun .. jaga anak takkan lah penat..

Kemudian si mak telefon istri nya dan kembali ke meja mkn menemui Alif yg sedang makan

Alif : Mak dah marah dia ?
Mak : iyaa ..,

Esok Harinya..
Alif pulang ke rumah dari kerja.
Dengan rasa terkejut , dia nampak anaknya yang masih bermain pasir depan rumah dgn baju tidur. Yang sorang lagi main dekat longkang luar. Dengan selekehnya..

Dia panggil 2 anaknya ..
” Along , angah masuk dalam sekarang !! ”

Masuk je rumah…
Terkejut habis dia.. tersandar di bingkai pintu..
Depan tv bersepah dengan mainan , pinggan depan tv bekas makanan .. dengan kain atas sofa.. lantai penuh cap kaki anaknya… bedak terabur , ada air manis tumpah …

Masuk ke dapur…
sekali lagi dia tersandar di jenang dinding …
terlihat dari jauh mesin basuh yang penuh dengan baju kotor..
pinggan dalam singki , makanan kucing terabur…

dia tanya anaknya…
” along, mak kat mana? ” .. along balas.. ” dalam bilik ayah ”

Alif mula risau …
baru depan rumah dengan dapur macam tu …
inikan pula dalam bilik…

Perlahan Alif membuka pintu bilik …
terkejut melihat isterinya , atas kastil sambil golek main handphone dan dengar lagu guna earphone …

Aliff cepat2 ambil 2 anaknya …
dan menuju ke rumah maknya. Dalam keadaan marah..
dia tidak bertanya satu patah pun pada ibunya…

Sampai je ke rumah maknya..
Alif terus masuk dan hantar 2 anaknya ke dalam..
Baru dia nak mulakan percakapan….
Maknya mencelah..

” Iya Alif , mak sudah tau,,, mak yg suruh dia utk membiarkan semua nya bersepah, mak yg suruh dia utk diam tanpa buat apa2 kerja rumah…
biar dia cuti.. biar tidak memasak, biar tidak menyapu, tidak menyuci pakaian , tidak mencuci piring, tidak menjaga anak mu, tidak mengurus rumah …

Mak suruh dia biarkan semua..
Tanpa melakukan apa pun,,
Apa yang Alif rasa sekarang ??

Ada “ORG LAIN” ke yang uruskan anak bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORG LAIN” ke masak bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORG LAIN” ke Urus pakaian Bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORG LAIN” ke KEMAS rmh bila isteri Alif tak buat apa apa …?
Ada “ORG LAIN” ke JAGA anak supaya rumah tak bersepah ..
apa ada yg mengurus itu semua jika istri mu hanya diam dirumah ???

ADA “ORANG LAIN” BUAT KE ??

MAK RASA KAN …
Kalau Isteri Alif diberi pilihan …
Dia pun nak pergi kerja , dari duduk rumah …

Penatnya duduk rumah ni … Ingat senang ke ?

Kalau isteri Aliff minta tolong , rasanya aliff pun tak sanggup..
jangan kan 24 jam mengurus anak, 10 minit saja di suruh temankan anak main belum tentu Alif sanggup..

 

Alif rasa dia duduk rumah tak buat apa apa ke ?
Dia mengeluh tu , bukan apa , dia minta tolong je…

 

takkan isteri tak boleh nak mengeluh ..
jawab je lah “sayang nak abg tolong” itu pun dah cukup..

Sekarang ni Aliff nak tanya juga ke …
knp payudara istri mu kendor
knp isteri tak pernah make up..
kenapa isteri Aliff tak secantik perempuan luar sana..

Ni biar Mak beritahu..
Jangan pernah kau banding kan kecantikan isteri mu dgn wanita muda di luar sana,. kerana isteri mu sudah korbankan seluruh jiwa raganya utk mengabdi padamu

Jangan pernah banding kan payudara istri mu dgn payudara wanita muda di luar sana yg masih kencang tegak ..
kerana istri mu rela bentuk badan nya berubah demi anak anak

 

Aliff terdiam…

Dia baru sedar..
Yang dia silap. Dia tak nampak apa yang isteri dia lakukan…
Perjuangan seorang isteri hanya akan kelihatan , saat dia sudah tiada. Tapi waktu tu dah terlambat..

Dia Bersyukur , sebab maknya membuka matanya yang selama ini BUTA. Tak nampak apa yang isteri dia telah lakukan..

“Maafkan aku sayang ,,, “

 

Sumber: Suamiku Imamku Isteriku Makmumku
Disediakan Oleh: Suaramedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *