Bukan mummy yang minta: Mas Idayu

 

MASIH teringat-ingat lagi dengan persembahan hebat Ratu Dangdut Mas Idayu di Anugerah MeleTop Era baru-baru ini.

 

Maka tidak salah jika dikatakan Mas Idayu yang turun dari ‘langit’ membuatkan persembahan penutup menjadi lebih diingati berbanding persembahan para artis yang lain.

Ditanya kepada Mas Idayu yang lebih mesra dipanggil mummy, katanya semua itu idea produser dan team mereka.

“Tak…mummy tak minta pun turun dari atas. Semua itu adalah idea produser yang memberi kepercayaan kepada mummy.

“Mummy tanya betul ke nak mummy buat persembahan penutup begitu? Jawapnya mereka mahu serta yakin. Mereka kata mummy boleh buat jadi happening.

“Satu tanggungjawab yang berat dan mummy terima. Terima kasih kerana terus mempercayai mummy,” katanya merendah diri.

Mummy akui bahawa dia tidak berasa gayat ketika berada di aras tinggi itu.

“Mereka selubungkan mummy supaya orang tak perasan ketika mummy nak naik masa tu.

“Tak tahulah penonton di stadium perasan atau tak?  Tapi tamat sahaja persembahan mummy rasa lega.

“Mummy betul-betul tak sangka dan sangat terharu apabila peminat-peminat di Malaysia dan juga di Indonesia mengucapkan tahniah kepada mummy kerana terhibur.

“Mummy terharu dengan pandangan peminat yang secara tidak langsung membuatkan mummy happy sangat,” ujarnya lagi.

Get ready to perform #adanampkmummyhappy #AME2018 #grandclosing #masidayu1001

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on

My #stuntman #bodyguard last night #AME2018

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *